Showing posts with label HARTA PUSAKA. Show all posts
Showing posts with label HARTA PUSAKA. Show all posts
Saturday, 12 January 2013
Sunday, 30 December 2012
Nominee (Penama)
Keputusan
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-15 yang bersidang pada 6 Mac 1978 telah membincangkan Nominee (Penama). Persidangan telah memutuskan bahawa:
- Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
- Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definasi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.
- Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.
English Version
Nominee
Decision:
The 15th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 6th March 1978 has discussed nominee. The Committee decided that:
1. Nominees named by Muslims in any organizations or institutions in which they have deposited their wealth is invalid, to be regarded as the heirs. They are merely trustees to manage the division of the property according to Islamic law of inheritance
2. Muslims cannot assign a nominee because the current practice of nomination in civil law is contradictory to Islamic rule and hence, it is invalid
3. Therefore, the civil laws regarding nomination should be amended to invalidate any nomination made by Muslim. This also means the provisions regarding nomination or assigning nominee does not apply to Muslims whether the nomination has been made before or after this fatwa that was agreed upon by the Malay rulers.
Arabic Translation
المُفَوَّض (Nominee)
في 6 من مارس لعام 1978م عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (15) للمباحثة فيما يسمى بالمُفَوَّض (Nominee)، وأصدر المجلس قراره على النحو التالي :
لا يصح تعيين ما يسمّى بالمُفَوَّض (Nominee) من قبل المسلمين في أي هيئة أو مؤسسة حيث يحتفظون فيها أموالهم كي يصبح هذا المرشح هو الوريث المستحق لتركة المتوفى. وإنما يكون بمثابة المنفذ لوصايا الميت في تقسيم التركة على الورثة الشرعيين وفقاً لأحكام الشرع.
لا يجوز للمسلمين تعيين المرشح (Nominee) لأن مفهوم المرشح في القوانين المدنية تتعارض مع الشريعة الإسلامية وتعتبر باطلة.
لذلك، فلابد من تعديل القوانين المدنية المتعلقة بقضية تعيين المرشح بحيث يصبح تعيين المرشح من أي مسلم غير صحيح. وهذا يعني أن قضية تعيين المرشح لا تخضع للمسلمين سواء أكان هذا التعيين تم قبل موافقة السلاطين الملايوية على هذا الفتوى أو بعده.
SUMBER
Sebelum Anda berganjak dari halaman ini, saya sangat senang
sekali jika Anda bersedia meluangkan sedikit waktu untuk men-share artikel
ini dan memberikan G +1 agar artikel ini juga dapat dibaca
oleh sahabat atau orang terdekat Anda.
Saturday, 29 December 2012
Pewarisan Harta & Harta Sepencarian Yang Dilaksanakan Di Rancangan Felda
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-38 yang bersidang pada 21 Jun 1995 telah membincangkan Pewarisan Harta & Harta Sepencarian Yang Dilaksanakan Di Rancangan Felda. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Amalan yang dilaksanakan dirancangan Felda mengenai pewarisan harta yang berdasarkan Akta Tanah 1960 adalah tidak bertentangan kerana persetujuan meletakan satu penama itu dibuat atas persepakatan semua pihak yang terlibat.
Sekiranya tidak mendapat persetujuan waris-waris untuk melantik seseorang daripada mereka sebagai wakil maka
- Harta simati hendaklah dijual.
- Penjualan harta tersebut hendaklah diberi keutamaan kepada waris.
- Hasil dari penjualan harta tersebut hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut faraid.
- Kalau harta simati tidak habis dibahagikan maka lebihan pembahagian itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
Bersetuju bahawa amalan yang dilaksanakan dirancangan Felda mengenai harta sepencarian tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Wang Simpanan KWSP, SOCSO Dan Seumpamanya Bagi Ahli Beragama Islam Yang Meninggal Dunia
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wang Simpanan KWSP, SOCSO Dan Seumpamanya Bagi Ahli Beragama Islam Yang Meninggal Dunia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.
- Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid.
- Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah menasihatkan KWSP supaya menyemak semula peraturan dan undang-undang yang sedia ada berhubung dengan penamaan supaya selaras dengan hukum syarak.
Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta. Muzakarah telah memutuskan bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja, wang pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang SOCSO dan seumpamanya tidak dianggap harta pusaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)