Showing posts with label BAB MUAMALAT. Show all posts
Showing posts with label BAB MUAMALAT. Show all posts

Friday, 18 October 2013

Sah jualan setiap benda yang suci yang boleh diambil manfaat dengannya lagi yang dimiliki



Sah jualan setiap benda yang suci yang boleh diambil manfaat dengannya lagi yang dimiliki. Musannif menjelaskan mafhum perkara-perkara ini pada katanya: tidak sah jualan ain najis dan tidak yang mutanajjis seperti arak dan minyak yang mutanajjis dan umpamanya daripada apa yang tidak terboleh menyucikannya, dan tidak jualan apa yang tidak ada manfaat padanya, seperti kala dan semut dan binatang buas yang tidak bermanfaat.


Rujukan: Fathul Qarib

Jualan-jualan itu tiga perkara




Jualan-jualan itu tiga perkara. Satu daripadanya jual ain yang dilihat, iaitu yang hadhir, maka ianya harus apabila didapati syarat-syaratnya, daripada keadaan barang jualan itu suci diambil manfaat dengannya terboleh penyerahannya ada penguasaan diatasnya bagi orang yang berakad.


Tidak dapat tidak pada jualan itu daripada ijab dan kabul. Maka yang pertama itu seperti kata penjual atau orang yang berdiri pada tempatnya “aku jual kepada kamu”  dan “aku beri milik kepada kamu dengan sekian”. Keduanya seperti kata pembeli atau orang yang berdiri pada tempatnya “aku beli” dan “aku terima milik”, dan seumpama keduanya.


Dan yang kedua daripada beberapa perkara itu adalah jualan sesuatu yang disifatkan didalam zimmah (tanggungan diri), yang dinamakan ini dengan salam, maka harus jika didapati ada pada benda itu sifat yang diatas apa yang benda itu disifatkan dengannya, daripada sifat-sifat salam yang akan datang.


Dan ketiganya jualan ain yang ghaib yang tidak dilihat bagi dua orang yang berakad, maka tidak harus jualannya. Yang dikehendaki dengan harus pada tiga ini adalah sah. Kata musannif “tidak kelihatan” menyedarkan bahawa ain itu jikalau telah dilihat kemudian ghaib disisi akad bahawa ianya harus. Akan tetapi tempat demikian itu  adalah ain yang tidak berubah pada ghalibnya dalam tempoh yang menyelangi diantara nampak dan belian itu.


Rujukan: Fathul Qarib

Thursday, 26 September 2013

Pengertian Jual Beli


dan selainnya, daripada segala bentuk mu’amalat seperti hutang dan syarikat. “بيوع” adalah jamak “بيع”.  Jual pada bahasa adalah menukarkan sesuatu dengan sesuatu. Maka masuk apa yang bukan harta seperti arak.

 

Adapun pada syara’ maka seelok-elok apa yang dikatakan pada takrifnya bahawa ia adalah memberi milik suatu ‘ain harta dengan tukar-menukar dengan izin syara’, atau memberi milik manfaat yang harus diatas kekal selama-lama dengan harga berbentuk harta.

 

Maka keluar dengan saling “tukar menukar” oleh hutang, dan dengan “izin syarak” oleh riba. Masuk pada “manfaat” oleh hak membina. Keluar dengan “harga” oleh sewaan (upah) didalam bab sewaan, kerana ia tidak dinamakan harga.
 
 
 
Rujukan: Fathul Qarib