Showing posts with label BAITULMAL. Show all posts
Showing posts with label BAITULMAL. Show all posts
Saturday, 12 January 2013
Friday, 11 January 2013
Friday, 28 December 2012
Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dankepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
- Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
- Diserah kepada golongan fakir miskin; atau
- Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa keharusan mengenakan gharamah ke atas penerima biaya yang mungkir adalah berasaskan hadis Rasulullah SAW yang menyifatkan kelewatan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan sebagai satu kezaliman dan boleh memudaratkan institusi kewangan Islam.
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa keharusan mengenakan gharamah ke atas penerima biaya yang mungkir adalah berasaskan hadis Rasulullah SAW yang menyifatkan kelewatan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan sebagai satu kezaliman dan boleh memudaratkan institusi kewangan Islam.
Muzakarah juga berpandangan bahawa gharamah yang dihasilkan dalam institusi kewangan Islam perlu disalurkan kepada institusi yang berkait secara khusus dengan umat Islam supaya ianya tidak disalahgunakan.
Sehubungan itu, selaras dengan kedudukan dan fungsi Baitulmal sebagai institusi tertinggi dalam menguruskan wang dan harta umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hasil gharamah Institusi Kewangan Islam hendaklah disalurkan ke Baitulmal bagi memastikan penggunaan harta tersebut menepati maslahah ammah umat Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)