Sunday, 19 June 2016
Kini semua boleh mendapat manfaat daripada ekonomi digital Raih pendapatan secara atas talian
Hari ini, teknologi digital telah mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mendapat peluang atau mempunyai pengetahuan untuk memanfaatkannya, terutamanya golongan yang kurang mendapat pendedahan dengan IT.
Oleh itu, menjadi matlamat kami di MDEC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan teknologi digital.
Jadilah sebagai sebahagian daripada tenaga kerja atas talian dengan menyertai inisiatif eRezeki. Sebagai pekerja digital, anda boleh melakukan pelbagai tugasan dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan terdiri daripada tugas-tugas digital mikro ringkas yang mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan, atau tugasan yang memerlukan kemahiran atau pengalaman tertentu, dan mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.
Mendaftarlah dengan eRezeki sekarang untuk mendapat latihan dan kelayakan, seterusnya dipadankan dengan tugasan yang bersesuaian. Pendaftaran adalah percuma dan kami mengesyorkan anda untuk mendaftar melalui Pusat eRezeki kami.
Labels:
JAWATAN KOSONG TERKINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment