Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.
Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, dilayakkan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, anda akhirnya akan mendapat peluang untuk bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan adalah diperolehi daripada pasaran antarabangsa dan juga dari syarikat dan pasaran tempatan.
Pusat eRezeki juga telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara bagi membolehkan rakyat yang tidak mempunyai akses kepada infrastruktur ICT yang baik dan rangkaian internet jalur lebar, untuk mengambil bahagian dalam program ini. Pusat eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan anda mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini.
Siapakah yang berkelayakan?
Rakyat Malaysia rakyat dengan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah sebulan, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas. Pendaftaran adalah percuma dan kami sangat mengesyorkan anda untuk mendaftar melalui Pusat eRezeki
Jenis Pekerjaan
Kategori-kategori latihan berikut kini boleh didapati melalui Program eRezeki.
Tugasan Digital Mikro
Contoh Tugasan Digital Mikro adalah kemasukan data, menyemak dan mengeluarkan data yang berulang, menyemak dan menentusahkan foto / imej, tugasan muat turun dan menguji aplikasi, tugasan berkaitan Search Engine Optimization seperti carian, dan tugasan-tugasan yang berkaitan Media Sosial (contoh: memasukkan komen dan mengambil tangkapan skrin).
Kerja Digital
Kerja atau tugasan melibatkan domain kemahiran tertentu pembangunan aplikasi dan pembangunan perisian, tugasan kreatif dan grafik, kerja atau tugasan melibatkan kemahiran bahasa dan banyak lagi. Kategori ini memerlukan kemahiran khusus untuk menyiapkan tugasan.
Contoh kerja digital adalah seperti membangunkan laman web, membangunkan aplikasi telefon pintar, mencipta logo atau mereka bentuk grafik untuk produk atau syarikat tertentu, pengujian perisian, transkripsi audio / video, dan menukarkan format dokumen.
Kerja Bukan Digital
Kerja atau tugasan seperti melaksanakan kaji selidik, menjalankan tugas dan perkhidmatan domestik yang diedarkan secara atas talian tetapi bukan kerja digital dan perlu dilaksanakan secara biasa.
Contoh kerja bukan digital adalah melaksanakan bancian rumah ke rumah bagi tujuan kaji selidik, melakukan semakan harga barangan, kerja sambilan seperti krew program, menawarkan perkhidmatan seperti tukang paip, juruelektrik dan pembersih. Kategori kerja atau tugasan ini biasanya ditawarkan oleh syarikat atau individu di lokaliti tempatan. Rakan eRezeki tempatan yang memudahcara tugasan ini biasanya memerlukan maklumat tambahan bagi mendaftarkan pekerja yang berminat dan juga akan menyediakan latihan yang berkaitan
Kerja Digital (Pasif)
Kerja atau tugas yang dilaksanakan di mana pendapatan hanya diperolehi apabila hasil kerja yang ditawarkan dibeli (contoh: gambar / grafik), atau komisen diperoleh daripada rujukan yang berjaya (contohnya: dropshipping)
Contoh tugasan di bawah kategori ini adalah jika anda mempunyai minat mengambil gambar atau mereka bentuk grafik (vector graphic), anda memuat-naik hasil-hasil kerja anda yang belum dijual untuk ditawarkan kepada pembeli. Sekiranya hasil kerja anda tersebut dibeli, makan anda akan memperolehi pendapatan. Contoh lain adalah anda bertindak selaku dropshipper dan untuk membantu mempromosikan produk melalui kenalan-kenalan anda.
Apabila anda mendaftar diri untuk program ini, sistem kami akan bertanyakan soalan-soalan bagi memprofil dan memadankan diri anda dengan kerja-kerja dan tugasan-tugasan yang bersesuaian dengan kemahiran dan kesediaan anda.
SUMBER
No comments:
Post a Comment