Saturday, 29 December 2012

Wang Simpanan KWSP, SOCSO Dan Seumpamanya Bagi Ahli Beragama Islam Yang Meninggal Dunia




Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 Sep 2000 telah membincangkan Wang Simpanan KWSP, SOCSO Dan Seumpamanya Bagi Ahli Beragama Islam Yang Meninggal Dunia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.
     
  2. Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid.
     
  3. Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah menasihatkan KWSP supaya menyemak semula peraturan dan undang-undang yang sedia ada berhubung dengan penamaan supaya selaras dengan hukum syarak.

No comments:

Post a Comment