Saturday, 29 December 2012

Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa



Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-46 yang bersidang pada 22 Apr 1999 telah membincangkan Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.
     
  2. Tanah wakaf yang diambil/dipindah milik kepada kerajaan pihak berkenaan hendaklah membayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya.
     
  3. Tanah wakaf yang hendak dibangunkan hendakklah dikecualikan syarat penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti jalan, saliran, tapak pencawang letrik dan sebagainya. Bagaimananpun kemudahan awam itu bolehlah dibina diatas tanah wakaf itu.
     
  4.  Bagi tanah wakaf khas untuk tujuan-tujuan tertentu seperti masjid, sekolah dan seumpamanya pihak yang mengambil tanah itu hendaklah memperuntukkan bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian tanah wakaf yag diambil mengikut nilai semasa bagi mengekalkan status wakaf tersebut. Contohnya bangunan bertingkat-tingkat yang didirikan, beberapa unit tertentu (mengikut nilai semasa) diperuntukkan untuk masjid atau sekolah atau sebagainya seperti yang diniatkan oleh pewakaf.

English Version

 
The Ruling on the Transfer of Part of Waqf Land to the Authority.
 
Decision:
 
The 46th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd April 1999 has discussed the ruling on the transfer of part of waqf land to the authority. The Committee has decided that:
 
1. Ownership of Waqf land cannot be transferred except there is an urgent need (darura) that requires , based on certain conditions.
 
2. As for waqf land transferred to the government, the respective party must pay compensation according to the current value of the land or replace it with other land that has similar or better value
 
3. The to-be-developed waqf land should be excluded from the requirements of land transferred for the construction of public amenities such as road, sewerage, electrical substation and others. As such, the public amenities can be built on the waqf land.

4. For the waqf land specifically meant for mosque, school and alike, the respective authority must allocate specific area as replacement according to current value of the land in order to maintain the status of the waqf. For instance, multi storey building built on waqf land, certain units (according to market value) should be allocated to be made as mosque, school or others to meet the original intention of the endower.
 

Arabic Translation

حكم منح جزء من أرض الوقف إلى السلطات
 
في 22 من إبريل لعام 1999م، عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (46) للمباحثة في حكم منح جزء من أرض الوقف إلى السلطات. وأصدر المجلس قراره على النحو التالي:
 
1. لا يجوز نقل ملكية أراضي الوقف البتة، إلا في الضرورة وبشروط معينة.
 
2. يجب على الحكومة أو السلطات دفع التعويضات على أراضي الوقف المتخذة/ المنقولة إليها وفقاً لقيمة تلك الأرض. أو تقوم بتعويض أصحاب الأراضي بإعطائهم أراضي أخرى مساوية في القيمة أو المساحة.
 
3. يستثنى في تنمية أراضي الوقف شرط تسليم الأراضي لبناء التسهيلات العامة، كالشوارع ومجاري المياه ومحطة الكهربائية وغيرها. ذلك لأن هذه المشاريع يمكن تنفيذها على أراضي الوقف.
 
4. يجور نقل ملكية أراضي الوقف لأغراض خاصة مثل بناء المساجد والمدراس وغيرها بشرط أن يخصص جزء من ذلك المشروع على أنه وقف بحسب قيمة الأرض الحالية من أجل الحفاظ على وضع الأرض بأنه وقف. على سبيل المثال، تمنح الجهة التي قامت ببناء مبنى من عدة أدوار، عدداً من الأدوار مخصصة لمسجد أو مدرسة (حسب القيمة الحالية كما يريدها صاحب أرض الوقف). 
 
Keterangan/Hujah: 
 
LATAR BELAKANG
 
Pada masa ini, pembangunan tanah banyak tertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Pembangunan tersebut melibatkan pelbagai kategori tanah samada tanah individu, syarikatsyarikat, kerajaan dan tanah wakaf.
 
Bagi melaksanakan pembangunan, tanah-tanah tertentu terpaksa diserah kepada pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Johor Bahru, Majlis Perbandaran Ipoh dan pihak-pihak berkuasa lain. Menurut Akta Pengambilan
Tanah 1960 (Akta 486), Bahagian II, Seksyen 3 memperuntuk bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan (pindaan Akta A999):
 
a.  Bagi apa-apa maksud awam (pindaan Akta A804)
b. Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat  Pihak Berkuasa Negeri adalah benefisial untuk kemajuan ekonomi Malaysia atau  mana-mana bahagian dari itu atau kepada orang ramai secara am atau mana-mana kelas orang ramai.
 
HUJAH DAN DALIL
 
Apabila tanah wakaf diserah kepada pihak berkuasa, Majlis Agama Islam Negeri akan mengalami kekurangan tanah wakaf, kecuali digantikan tanahtanah yang diambil itu dengan tanah yang lain yang setimpal nilainya, atau membayar pampasan nilai tanah yang telah diambil sekiranya negeri tertentu tidak mempunyai tanah gantian.

Keadaan demikian akan memutuskan pahala wakaf oleh orang yang mewakafkannya. Ini kerana pahala mereka akan terhenti dengan tiadanya wakaf atau amal yang dijariahkan. Di samping itu, akan hilang keyakinan masyarakat Islam untuk mewakafkan harta kepada Majlis Agama Islam terutamanya kawasan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan, seterusnya mungkin menyebabkan imej Majlis Agama Islam terjejas. Selain itu, sumber ekonomi umat Islam yang diperoleh daripada zakat dan wakaf akan merosot, terutamanya apabila harta itu berada di tempat yang strategik.
 
Harta wakaf ialah milik Allah untuk kepentingan umat Islam. Sebarang pengambilan tanah wakaf tidak wajar diserah secara percuma kepada pihak berkuasa. Pendapat Imam Ibu Hanifah yang memberi keluasan dalam mengamalkan istibda, jika istibdal itu lebih memberi faedah yang mendatangkan hasil yang lumayan, sekalipun masjid, kerana hajat dan darurat. Namun begitu Imam Ahmad Ibn Hanbal memberi keluasan istibdal selain wakaf masjid dengan dikenakan beberapa syarat yang tertentu mengikut keadaan tertentu.
 
Imam Malik menegah istibdal kecuali kerana darurat dan berhajat seperti membesarkan masjid atau tanah perkuburan. Adapun wakaf yang alih, di sisi Imam Malik diharuskan kerana istibdal iaitu menukar pada harta wakaf yang alih akan mengekalkan wakaf.
 
Pendapat Imam Syafie seakan-akan sama dengan pendapat Imam Maliki bahkan tidak mengharuskan langsung menjual masjid sekalipun telah roboh dan tidak digunakan. Segala barangan dan peralatan yang berkaitan dengan masjid yang roboh itu hanya dibenarkan sebagai hibah kepada masjid-masjid yang lain.
 
Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)

No comments:

Post a Comment