Saturday 10 November 2018

Fahami 14 istilah asas dalam pelaburan Saham

Sebagai newbie dalam dunia pelaburan saham, sudah tentu anda akan berbual dengan geng-geng otai saham sebab nak tambah ilmu dan belajar daripada pengalaman mereka. Saya pasti ada di antara anda yang akan blur blur apabila mereka mula bercerita menggunakan istilah-istilah tertentu.

Bukanlah niat mereka mahu memeningkan kepala anda lebih-lebih lagi ianya di dalam Bahasa Inggeris. Bagi mereka yang sudah lama dalam dunia pelaburan saham ini, maklumat akan lebih cepat dikongsikan jika menggunakan istilah-istilah ini.

Jadi, bagi mengelakkan anda lost ketika berbual dengan otai-otai saham, di sini Pak Teh kongsikan beberapa istilah asas dalam pasaran saham yang akan selalu anda dengar.

Balance Sheet – Ia mengandungi maklumat ringkas penyata kewangan tentang aset (pemilikan), liabiliti (hutang/tanggungan) dan ekuiti milik pemegang saham (shareholder’s equity) yang melabur di sesebuah syarikat saham itu. Maklumat ini penting bagi memaparkan prestasi syarikat tersebut. Shareholder’s equity pula adalah hasil selepas jumlah aset ditolak dengan jumlah liabiliti.
Bear Market – Keadaan di mana pasaran saham mengalami trend kejatuhan harga dalam jangka masa yang agak lama.
Bull Market – Situasi yang berlawanan dengan situasi Bear Market.
Capital Gain – Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu.
Diversification – Membeli pelbagai saham dari pelbagai sektor / industri  bagi mengurangkan risiko.
Dividen – Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham setiap 6 bulan atau pada tempoh tertentu. Tidak semua syarikat saham yang memberikan dividen kepada pemegang saham mereka.
Indeks – Penanda aras dalam setiap sektor.
Initial Public Offering (IPO) – Saham syarikat yang ditawarkan jualannya kepada orang ramai sebelum diapung di pasaran saham.
Lot – 100 unit saham juga dikenali sebagai 1 lot
Open Price – Harga pembukaan saham pada sesi dagangan.
Close Price – Harga penutup saham bagi setiap sesi dagangan.
Portfolio – Koleksi jenis saham yang dilaburkan.
Saham Blue Chip – Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi.
Volatility – Ia merujuk kepada tahap keaktifan turun naik pergerakan sesuatu harga saham tersebut dalam sehari.
Yield = dividen yang diperolehi dalam masa setahun  X 100%
                    harga seunit saham yang anda beli

SUMBER

No comments:

Post a Comment