Friday, 20 July 2018

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 (CONTRACT OF SERVICE) SEBAGAI PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID DAERAH (PPMD)

logo jakim
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
JAKIM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 (CONTRACT OF SERVICE) SEBAGAI PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID DAERAH (PPMD)


Taraf jawatan  :Kontrak (Contract of Service)
Bayaran Gaji:RM1,493.00 Minima
Penempatan
:
Johor (8 kekosongan), Kedah (6 kekosongan) dan Labuan (1 kekosongan)

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab kepada Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dan pihak Berkuasa Agama Negeri dalam Pengurusan, Pengimarahan dan Pemantauan Masjid.

SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Berkelulusan:
    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
      [Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00]; atau
    2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      [Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00]; atau
    3. Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya[Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95]; dan
  4. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan:
  1. Pemohon lelaki sahaja.
  2. Permohonan daripada lepasan Sekolah Aliran Agama.

CARA MEMOHON

1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
2. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.

PERHATIAN

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai 2018 (Selasa)

No comments:

Post a Comment