Ingin Menternak Ikan Tilapia?
Ketahui Cara Bagaimana Memulakan Penternakan Ikan Tilapia Di Dalam Kolam Tanah Dengan Mudah Dan Menjimatkan.
Kolam Ternakan Ikan Tilapia
Klik Disini UNtuk Mendapatkan Panduan Penternakan Ikan Tilapia
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nama saya Muhammad Zhafran, pada awal tahun 2009, saya dan bapa saya telah memulakan projek penternakan ikan tilapia di atas tanah sendiri di Negeri Sembilan dengan bermodalkan RM20,000 . Wang modal tersebut diperolehi daripada wang simpanan kami sendiri.
Kami telah membina sebuah kolam ikan di atas tanah seluas 70x200 kaki persegi dan telah memuatkan 15,000 ekor anak ikan. Banyak juga cabaran serta pengalaman-pengalaman yang kami perolehi di sepanjang mengusahakan penternakan ikan tilapia ini.
Saya akui, saya bukanlah pakar di dalam bidang pernternakan ikan tilapia ini, cuma, saya sudah ada sedikit pengalaman di dalam memulakan penternakan ikan tilapia.
Jadi, untuk memudahkan mereka yang ingin mula menceburi bidang ini, saya telah mengambil inisiatif dengan membukukan semua ilmu dan pengalaman saya di dalam memulakan projek penternakan ikan tilapia ini. Maka, terhasilah sebuah e-book berjudul "PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DI DALAM KOLAM TANAH".
Diharapkan, melalui e-book ini, ianya serba sedikit dapat membantu mereka yang berminat dan ingin mencuba nasib di dalam bidang penternakan ini. Segala pengalaman dan ilmu-ilmu penternakan ikan tilapia , telahpun saya susun mengikut bab di dalam ebook ini. Daripada bab pembinaan kolam, bab perolehan benih ikan hinggalah ke bab pemasaran. Semuanya telah saya kumpulkan dan susun di dalam ebook ini.
Klik Disini UNtuk Mendapatkan Panduan Penternakan Ikan Tilapia
Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?
1: KENAPA IKAN TILAPIA?
Menceritakan 10 kelebihan-kelebihan dan potensi yang dimiliki oleh Ikan Tilapia yang sesuai diternak di Malaysia.
2: CIRI-CIRI IKAN TILAPIA
Menceritakan tentang ciri-ciri Ikan Tilapia yang biasa diternak di Malaysia dan juga ciri-ciri Ikan Tilapia yang sesuai dengan cuaca dan iklim di Malaysia. Jenis-jenis ikan yang memberikan isi ikan yang akan memberikan keuntungan kelak dan jenis Ikan Tilapia baru yang boleh mencepatkan masa untuk tuaian.
3: KOLAM IKAN TILAPIA
Menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas pembinaan kolam. Serta menerangkan kelebihan-kelebihan setiap jenis kolam ternakan Ikan Tilapia.
4: PINJAMAN
Menceritakan bagaimana untuk mendapatkan pinjaman wang untuk dijadikan modal permulaan perniagaan serta menyenaraikan beberapa agensi-agensi kewangan yang menawarkan pinjaman dan syarat-syarat pinjaman di Malaysia.
5: PENDAFTARAN SYARIKAT
Menerangkan bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan dan bagaimana memilih nama yang sesuai dengan perniagaan.
6: BENIH IKAN TILAPIA
Menceritakan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memilih benih yang betul dan juga cara bagaimana untuk mendapatkan benih Ikan Tilapia yang berdekatan dengan mudah.
7: JENIS-JENIS MAKANAN IKAN
Senarai jenis-jenis makanan ikan serta menceritakan kelebihan-kelebihan dan keburukan beberapa jenis makanan ikan.
8: MAKANAN RUMUSAN SENDIRI
Menceritakan dengan ringkas bagaimana membuat makanan sendiri boleh menjimatkan kos penternakan serta menerangkan serba sedikit mengenai rumusan makanan, alatan-alatan yang perlu ada.
9: PENYAKIT IKAN
Senarai beberapa penyakit yang biasa menyerang ikan dan juga langkah-langkah bagaimana mengatasi atau merawat penyakit-penyakit tersebut.
10: PEMASARAN
Penerangan tentang langkah-langah untuk memasarkan hasil penternakan ikan anda melalui internet dan jenis-jenis pembeli.
11: PENGALAMAN-PENGALAMAN
Menceritakan tentang pengalaman penternak yang telah menjalankan penternakan ikan tilapia.
12: KESILAPAN-KESILAPAN
Menyenaraikan beberapa kesilapan-kesilapan penternak yang boleh memberikan iktibar dan renungan.
13: RISIKO-RISIKO
Senarai risiko-risiko yang perlu ditanggung oleh penternak.
14: ORGANISASI YANG BERKAITAN
Senarai beberapa organisasi yang berkaitan penternakan ikan.
15: SENARAI SEMAK
Senarai semak yang boleh digunakan untuk membantu mengingatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan peniagaan ini.
Klik Disini UNtuk Mendapatkan Panduan Penternakan Ikan Tilapia
Berapakah Nilai Ilmu Dan Pengajaran Di Dalam Ebook Ini?
Ebook ini bukan sahaja menceritakan tentang bagaimana memulakan penternakan ikan tilapia. Tetapi ia juga mengandungi pengalaman-pengalaman penternak-penternak yang telah mengalami segala perkara di dalam bidang ternakan ini. Seperti kerugian, kematian ikan, penipuan dan sebagainya yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran kepada penternak-penternak baru. Sanggupkah anda untuk mengalami kerugian sebanyak RM 20000?, RM 10000? atau RM 5000?. Semestinya tidak bukan?. Jadi buku ini akan membantu anda untuk mengelakkan diri daripada mengalami kerugian seperti penternak-penternak terdahulu.
Ebook ini hanya berharga RM30 sahaja. Ianya begitu murah jika hendak dibandingkan dengan risiko-risiko kerugian yang mungkin anda akan hadapi di dalam memulakan projek penternakan ikan tilapia . Dengan erti kata lain, ebook beharga RM 19 ini mampu membantu anda mengelakkan diri daripada terperangkap ke dalam risiko kerugian beribu-ribu ringgit. Jadi, lengkapkanlah ilmu di dada terlebih dahulu dengan mendapatkan ebook ini sebelum anda menceburi bidang penternakan ikan tilapia ini.
Klik Disini UNtuk Mendapatkan Panduan Penternakan Ikan Tilapia
Untuk Siapakah Ebook Ini?
E-book ini amat sesuai untuk :-
Sesiapa yang ingin mencuba penternakan ikan
Para-para penternak yang baru menceburi bidang penternakan
Sesiapa yang ingin mencari ilmu tentang penternakan ikan tilapia
Kakitangan kerajaan atau swasta yang ingin mencari pendapatan tambahan melalui ternakan ikan tilapia
Ebook ini kurang sesuai untuk :-
Penternak-penternak yang sudah berjaya di dalam bidang ternakan ikan tilapia
Penternak-penternak yang sudah arif tentang selok belok bidang penternakan
Sesiapa yang ingin menjadi kaya dengan cepat
Klik Disini UNtuk Mendapatkan Panduan Penternakan Ikan Tilapia
Bonus! Ebook Resepi-Resepi Ikan Tilapia
Jika anda mendapatkan Ebook Panduan Asas Penternakan Ikan Tilapia" ini, anda juga akan mendapat ebook "Resepi-Resepi Ikan Tilapia" Secara Percuma. Ebook ini mengandungi "6 Resepi Masakan Ikan Tilapia", iaitu :-
1) Ikan Tilapia Goreng Kicap
2) Ikan Tilapia Cili Padi Bersama Kacang Botol
3) Ikan Tilapia Goreng Cili Besar
4) Ikan Tilapia Masak Lemak Cili Padi & Daun Kesum
5) Ikan Tilapia Kukus
6) Ikan Tilapia Masak Taucu
No comments:
Post a Comment