Program eRezeki
Syarat dan Bagaimana Untuk Menyertai eRezeki?
Adakah program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat?
Fokus utama program eRezeki adalah untuk membantu individu daripada isi rumah berpendapatan rendah atau individu yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.
Bolehkah saya mendaftar dalam program ini sekiranya pendapatan saya melebihi RM4,000 sebulan?
Sekiranya pendapatan bulanan anda adalah melebihi daripada RM4,000, tetapi anda masih berminat untuk bekerja, sila dapatkan maklumat daripada Pusat eRezeki berhampiran tentang bagaimana anda boleh mendaftar untuk menjadi pekerja digital.
Bagaimanakan caranya untuk menyertai program eRezeki?
Anda adalah dinasihatkan untuk melawat Pusat eRezeki berhampiran untuk mendapatkan bantuan berhubung proses pendaftaran. Sekiranya tiada Pusat eRezeki di kawasan anda, anda juga boleh menyemak sekiranya terdapat Wakil eRezeki berhampiran.
Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk saya menyertai eRezeki?
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyertai program eRezeki.
Adakah sebarang pra‐syarat untuk saya menyertai program eRezeki?
Secara umumnya, mana-mana individu yang layak dan berminat boleh menyertai. Adalah menjadi kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan Internet, serta boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris.
Berapa lamakah proses pendaftaran eRezeki?
Pendaftaran asas untuk program eRezeki hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit. Apabila pendaftaran asas telah disempurnakan, anda perlu menjawab soalan-soalan tambahan yang bertujuan untuk memprofil dan memadankan anda dengan kategori kerja dan tugasan yang bersesuaian. Jangkamasa proses ini adalah bergantung kepada berapa cepat anda boleh memberikan maklumbalas dan maklumat yang dipohon.
Adakah sebarang had umur untuk menyertai program ini?
Program ini adalah terbuka kepada individu daripada kumpulan sasar yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Adakah program eRezeki ini terbuka hanya kepada Warganegara Malaysia sahaja?
Ya, program ini hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
Bolehkah rakyat Malaysia yang bermastautin diluar negara menyertai program eRezeki?
Tidak. Rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara tidak digalakkan untuk menyertai program ini.
Adakah program ini terbuka kepada warga asing yang bekerja di Malaysia?
Tidak.
Program Latihan eRezeki
Di manakah saya boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang penggunaan portal eRezeki?
Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Pusat eRezeki berhampiran anda. Sekiranya tiada Pusat eRezeki berhampiran, anda boleh menyemak senarai Wakil eRezeki yang terbuka kepada orang ramai dan berhampiran anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami (CliC) Emel: clic@mdec.com.my Tel: 1-800-88-8338
Sekiranya saya terlupa kata laluan ke portal eRezeki, bagaimanakah cara untuk mendapatkan kembali akses?
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, anda perlu menekan link *Lupa Kata Laluan* untuk memohon kata laluan yang baru. Sistem eRezeki akan menghantarkan anda satu email kepada anda untuk membolehkan anda menukarkan kata laluan yang baru dan mendapatkan akses kembali ke sistem.
Apakah nombor hotline yang boleh saya hubungi sekiranya saya mempunyai sebarang permasalah atau pertanyaan?
Nombor hotline adalah 1-800-88-8338 atau anda juga boleh menghantar emel ke clic@mdec.com.my Anda juga boleh menghubungi Pusat eRezeki yang berhampiran pada waktu operasi.
Adakah eRezeki mempunyai aplikasi telefon pintar?
Portal dan Sistem eRezeki telah direkabentuk agar boleh dibuka menggunakan pelayar web telefon pintar. Ini bermakna anda boleh membuka dan menggunakan Portal dan Sistem eRezeki menggunakan telefon pintar anda. Walaubagaimanapun, sesetengah tugasan atau kerja mungkin tidak boleh dipaparkan dan dilaksanakan menerusi pelayar web telefon pintar.
Apakah latihan yang boleh diperolehi di Pusat atau Wakil eRezeki?
Pusat dan Wakil eRezeki akan memberikan latihan berhubung pendaftaran dan melengkapkan maklumat profil anda dalam Sistem eRezeki. Pusat dan Wakil eRezeki juga akan memberikan penerangan berhubung kategori dan jenis-jenis tugasan atau kerja yang boleh diperolehi menerusi Sistem eRezeki, dan bagaimana untuk mendapatkan latihan bagi melayakkan diri untuk melaksanakan tugasan.
Apakah bahasa-bahasa yang digunakan untuk melaksanakan kerja atau tugasan?
Bahasa Inggeris adalah bahasa utama yang digunakan, tetapi akan juga terdapat kerja atau tugasan dalam bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu dan Mandarin, bergantung kepada permintaan pasaran.
Sekiranya saya tidak dapat ke Pusat eRezeki untuk latihan, adakah terdapat panduan-panduan atau tutorial secara atas talian yang boleh saya rujuk?
Secara berperingkat, pelbagai kaedah latihan baru akan diperkenalkan menerusi Sistem eRezeki. Kami mengesyorkan agar anda cuba mengenalpasti Wakil eRezeki berhampiran yang terbuka kepada orang ramai kerana mereka juga menawarkan latihan program eRezeki.
Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki
Apakah fungsi Pusat eRezeki dan perbezaan di antara Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki?
Pusat eRezeki adalah pusat-pusat yang telah dikenalpasti di lokasi-lokasi strategik, yang disediakan khas untuk melaksanakan program eRezeki. Pusat eRezeki adalah bertanggungjawab dalam: - Memudahcara proses pendaftaran - Memberikan latihan dalam selok-belok mengendalikan portal dan sistem eRezeki, serta jenis-jenis dan kategori tugasan yang terdapat di dalam eRezeki - Menyediakan latihan bagi membolehkan peserta mendapat kelayakan bekerja - Menyediakan ruang untuk bekerja - Menyediakan bimbingan sewaktu bekerja dan bantuan dalam kefahaman bahasa tetapi terhad kepada arahan tugasan Terdapat juga Wakil eRezeki yang terbuka kepada orang ramai. Wakil eRezeki juga boleh menawarkan sesi latihan dan bantuan asas untuk mendaftar dengan program eRezeki. - Memudahcara proses pendaftaran - Memberikan latihan dalam mengendalikan portal dan sistem eRezeki, serta jenis-jenis dan kategori tugasan yang terdapat di dalam eRezeki - Menyediakan latihan bagi membolehkan peserta mendapat kelayakan bekerja
Di manakah lokasi Wakil eRezeki?
Untuk senarai dan lokasi Wakil eRezeki, sila semak di here
Apakah waktu operasi Pusat-Pusat eRezeki?
Sila rujuk disini here untuk maklumat waktu operasi Pusat-Pusat eRezeki.
Buat masa ini terdapat hanya beberapa Pusat eRezeki. Adakah terdapat apa-apa rancangan untuk menambah dan membuka lebih banyak pusat di lain-lain daerah dan kawasan?
MDEC berterusan berbincang dan mengenalpasti potensi kerjasama pintar dengan pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri atau syarikat-syarikat besar yang lain untuk membuka Pusat eRezeki di lokasi baru. Kami juga sentiasa berbincang dengan pihak Kementerian dan Agensi yang berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti kawasan yang mempunyai infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi yang dimanfaatkan untuk menyampaikan program ini.
Kerja dan Bayaran
Apakah kategori tugasan atau kerja yang terdapat di dalam eRezeki?
Berikut adalah kategori-kategori tugasan atau kerja yang boleh diperolehi menerusi Program eRezeki Tugasan Digital Mikro Kerja Digital Kerja Bukan Digital Kerja Digital (Pasif) Tugasan Digital Mikro Tugasan mudah yang melibatkan kemasukan data, semakan dan pemprosesan imej atau tindakan yang tidak memerlukan kemahiran yang khusus atau tahap kemahiran yang tinggi untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang diberikan. Walau bagaimanapun, pekerja mungkin perlu menerima latihan dan dilayakkan sebelum dapat melaksanakan sesetengah tugasan. Kerja Digital Kerja atau tugasan melibatkan domain kemahiran tertentu pembangunan aplikasi dan pembangunan perisian, tugasan kreatif dan grafik, kerja atau tugasan melibatkan kemahiran bahasa dan banyak lagi. Kategori ini memerlukan kemahiran khusus untuk menyiapkan tugasan. Kerja Bukan Digital Kerja atau tugasan seperti melaksanakan kaji selidik, menjalankan tugas dan perkhidmatan domestik yang diedarkan secara atas talian tetapi bukan kerja digital dan perlu dilaksanakan secara biasa. Kerja Digital (Pasif) Kerja atau tugas yang dilaksanakan di mana pendapatan hanya diperolehi apabila hasil kerja yang ditawarkan dibeli (contoh: gambar / grafik), atau komisen diperoleh daripada rujukan yang berjaya (contohnya: dropshipping) Apabila anda mendaftar diri untuk program ini, sistem kami akan bertanyakan soalan-soalan bagi memprofil dan memadankan diri anda dengan kerja-kerja dan tugasan-tugasan yang bersesuaian dengan kemahiran dan kesediaan anda.
Berapa lama jangkamasa untuk menerima bayaran setelah saya menyelesaikan kerja / tugasan?
Syarat-syarat dan terma pembayaran adalah berbeza bagi setiap pembekal kerja dan tugasan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke papan pemuka pekerja anda dan anda juga boleh mendapatkan penjelasan dan bantuan daripada Pusat eRezeki anda. Sekiranya anda melaksanakan kerja digital dan kerja bukan digital, terma pembayaran adalah juga berbeza. Sila rujuk papan pemuka pekerja anda dan anda juga boleh mendapatkan penjelasan dan bantuan daripada Pusat eRezeki anda.
Adakah saya akan dibayar untuk semua kerja yang diselesaikan atau terdapat sebarang had minima pendapatan yang perlu diperoleh untuk membolehkan saya dibayar?
Bagi kategori tugasan digital mikro, had minima untuk pembayaran adalah RM10. Ini adalah untuk memastikan supaya pekerja digital sentiasa didorong untuk melakukan lebih tugasan di portal eRezeki. Selagi mana anda memperoleh pendapatan minima RM10, semua pendapatan tersebut akan dibayar dalam masa 60 hari selepas memperoleh pendapatan bagi tugasan tertentu dan ditolak sebanyak RM2 untuk yuran pemprosesan. Sekiranya anda melaksanakan kerja digital dan kerja bukan digital, terma pembayaran adalah berbeza dan biasanya anda akan mendapat bayaran mengikut jumlah yang tertunggak kepada anda. Sila rujuk papan pemuka pekerja anda dan anda juga boleh mendapatkan penjelasan dan bantuan daripada Pusat eRezeki anda.
Adakah pendapatan saya melalui eRezeki tertakluk kepada cukai pendapatan?
Pendapatan daripada kerja yang dilakukan secara separuh masa tidak termasuk dalam kategori pendapatan boleh cukai. Untuk maklumat lanjut dan penjelasan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (www.hasil.gov.my)
Bagaimanakah saya akan terima pembayaran dari tugasan yang telah saya lakukan?
Terdapat beberapa kaedah pembayaran yang digunapakai oleh rakan industri eRezeki. Untuk pemindahan menerusi bank tempatan, sila log masuk ke Sistem eRezeki dan pastikan anda telah memasukkan maklumat berikut dengan tepat: 1. Nama Penuh (seperti tertera dalam MyKad) 2. Nombor MyKad anda 3. Nombor Akaun Bank dan pastikan anda memilih bank yang betul mengikut akaun anda. Bagi pembayaran lain seperti PayPal, sila pastikan anda memasukkan alamat emel yang betul yang digunapakai untuk akaun PayPal. Sila rujuk dan dapatkan bantuan daripada Pusat eRezeki anda sekiranya terdapat sebarang masalah.
Soalan-soalan Umum
Bagaimanakah pihak anda boleh menjamin bahawa eRezeki ini bukan skim penipuan?
Program eRezeki adalah diterajui oleh MDEC, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Program ini dilaksanakan melalui kerjasama pintar dengan pihak pemain industri crowdsourcing dan freelance tempatan dan antarabangsa; yang menyediakan dan menyalurkan tugasan-tugasan dan kerja-kerja yang boleh dilakukan dan sepadan dengan profil kemahiran pekerja.
Bagaimanakah program eRezeki akan menyumbang kepada ekonomi negara?
Menerusi kaedah dan program eRezeki, beberapa halangan faktor seperti waktu kerja tetap dan lokasi tempat bekerja tidak lagi menjadi halangan kepada mana-mana individu untuk bekerja. Ini membolehkan mana-mana individu yang berminat untuk bekerja dan mendapatkan pendapatan tambahan, untuk terlibat sebagai tenaga kerja digital dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah. Program ini juga amat sesuai untuk generasi muda yang biasanya lebih terdedah dalam menggunakan teknologi digital.
Perhubungan & Pertanyaan
Bagaimana organisasi saya boleh terlibat dalam program ini?
Mana-mana syarikat, badan korporat dan organisasi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan terlibat di dalam Program eRezeki bolehlah menghubungi MDEC di 1-800-88-8338 atau emel ke clic@mdec.com.my.
Saya ingin bertanya dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung aspek-aspek lain berkaitan program ini, siapakah yang boleh saya hubungi?
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel ke clic@mdec.com.my dan nyatakan dengan jelas soalan anda. Kami akan berusaha untuk menyalurkan pertanyaan anda kepada bahagian yang bertanggungjawab untuk maklumbalas.
No comments:
Post a Comment