Jualan-jualan itu
tiga perkara. Satu daripadanya jual ain yang
dilihat, iaitu yang hadhir, maka ianya harus apabila didapati
syarat-syaratnya, daripada keadaan barang jualan itu suci diambil manfaat
dengannya terboleh penyerahannya ada penguasaan diatasnya bagi orang yang
berakad.
Tidak dapat tidak
pada jualan itu daripada ijab dan kabul .
Maka yang pertama itu seperti kata penjual atau orang yang berdiri pada
tempatnya “aku jual kepada kamu” dan
“aku beri milik kepada kamu dengan sekian”. Keduanya seperti kata pembeli atau
orang yang berdiri pada tempatnya “aku beli” dan “aku terima milik”, dan
seumpama keduanya.
Dan yang
kedua daripada beberapa perkara itu adalah jualan sesuatu yang disifatkan
didalam zimmah (tanggungan diri), yang dinamakan ini dengan salam, maka
harus jika didapati ada pada benda itu sifat yang diatas apa yang benda
itu disifatkan dengannya, daripada sifat-sifat salam yang akan datang.
Dan ketiganya
jualan ain yang ghaib yang tidak dilihat bagi dua orang yang
berakad, maka tidak harus jualannya. Yang dikehendaki dengan harus pada
tiga ini adalah sah. Kata musannif “tidak kelihatan” menyedarkan bahawa ain itu
jikalau telah dilihat kemudian ghaib disisi akad bahawa ianya harus. Akan
tetapi tempat demikian itu adalah ain yang tidak berubah pada ghalibnya dalam tempoh yang
menyelangi diantara nampak dan belian itu.
Rujukan: Fathul Qarib

No comments:
Post a Comment