Saturday, 29 December 2012

Pinjaman Pendidikan Mengikut Prinsip Syariah




Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-51 yang bersidang pada 11 Mar 2002 telah membincangkan Pinjaman Pendidikan Mengikut Prinsip Syariah. Muzakarah telah memutuskan bahawa mengikut kaedah Syariah, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan yang sebenar ke atas pinjaman yang diberikan kepada pelajar.

No comments:

Post a Comment