Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Pelaburan Ke Atas Syarikat Swiss Cash Mutual Fund. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar negara seperti Swiss Cash Mutual Fund dan lain-lain adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar.
- Oleh itu, umat Islam dilarang terlibat dengan pelaburan seumpama ini kerana banyak alternatif lain berlandaskan Islam yang boleh disertai oleh umat Islam.
No comments:
Post a Comment