Sunday, 30 December 2012

Hukum Bermuamalat Dengan Bank-Bank Perdagangan




Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 telah membincangkan Hukum Bermuamalat Dengan Bank-Bank Perdagangan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.
     
  2. Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang mendesak.
     
  3. Menyimpan di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.
     
  4. Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
     
  5. Menerima berbagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.
     
  6. Menyewa bangunan kepada bank adalah haram.
     
  7. Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram.

English Version

 
The Ruling on Business Involvement With Merchant Banks
Decision:

The 32nd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 10th -11th June 1993 has discussed the ruling on business involvement with merchant banks. The Committee has decided that:

1. Working in bank or financial institution is permissible

2. Bank or financial institution loan is forbidden unless because of emergency

3. Depositing money in bank without taking the interest is permissible

4. Interests from bank or financial institutions are unlawful (haram) for personal use and the money should be given to the Baitulmal

5. Accepting gift and money from bank and financial institutions such as scholarship is permissible

6. Lending premises to bank is forbidden

7. Owning bank shares that operates based on riba (usury) is forbidden.
 

Arabic Translation

حكم المعاملة مع البنوك التجارية
 
في 10-11 من يونيو لعام 1993م، عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (32) للمباحثة فيما يتعلق بحكم المعاملة مع البنوك التجارية. وأصدر المجلس قراره على النحو التالي:
 
1. العمل في البنوك والمؤسسات المالية حكمه جائز.
 
2. حكم أخذ القروض من البنوك أو من المؤسسات المالية حرام، إلا إذا كانت ضرورية لقضاء متطلبات الحياة الأساسية. 
 
3. حكم الادخار في حسابات البنوك دون الانتفاع بالفوائد جائز.
 
4. الفوائد التي تنتج من ادخار المال في حساب البنك أو من المؤسسات المالية حكمها حرام للاستخدام الشخصي. وإنما تحول هذه الفوائد إلى بيت المال.
 
5. يجوز الانتفاع من الهدايا والمنح المقدمة من البنوك أو من المؤسسات المالية مثل المنح الدراسية.
 
6. حكم تأجير المباني لبنك حرام.
 
7. حكم شراء أسهم من البنك الذي يتعامل بالربا حرام.
 
Keterangan/Hujah: 
 
LATAR BELAKANG
 
Isu ini dibangkitkan oleh orang ramai yang masih kurang jelas temtang hokum bermuamalah dengan bank seperti mempunyai saham bank, bekerja, menyimpan, meminjam dan menyewakan bangunan dan perkara-perkara yang berkaitan.
Bermuamalah ialah satu proses perhubungan atau pengurusan antara dua pihak iaitu antara pelanggan atau pihak-pihak yang berkepentingan dengan bank. Antara bentuk muamalah adalah seperti pekerja, peminjam, penyimpan akaun (tetap, semasa, dan pelaburan), pemberi sewa bangunan dan pemegang saham bank.
 
Bank ialah satu institusi kewangan yang berfungsi menerima simpanan dan mengeluarkan pinjaman dengan tujuan mendapat keuntungan. Bank yang dimaksudkan di sini ialah bank-bank perdagangan yang menjalankan aktivitiaktiviti yang di dalamnya terdapat unsur-unsur riba.
 
Pada tahun 1993 secara umumnya bank di Malaysia dan keseluruhan bank di dunia mengamalkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan riba. Buat masa ini, di Malaysia telah wujud bank-bank perdagangan seperti Malayan Banking, Bank Bumiputera12, Bank Rakyat dan UMBC yang mengadakan sistem dualisme iaitu sistem perbankan biasa yang di dalamnya terdapat elemen-elemen yang mengenakan faedah atau riba, dan sistem perbankan tanpa faedah atau riba. Begitu jugalah halnya berkaitan dengan hukum bekerja dengan bank, hokum meminjam daripada bank, hukum menyimpan wang, hukum memberi sewa bangunan dan hukum memegang saham bank.
 
HUJAH DAN DALIL
 
Secara umum asas-asas pertimbangan perlu diambil kira dalam menentukan sesuatu hukum, antaranya:
 
a. Sistem kewangan di Malaysia rata-rata berteraskan riba kerana terikat dengan system ekonomi dunia yang tidak dapat lari dari mengamalkan sistem riba.

b. Manusia memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan harian seperti makanan, minuman, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal.

c. Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) belum lagi meluas operasinya dan masih dalam peringkat percubaan.

d. Kedudukan ekonomi orang Islam memerlukan pinjaman bank untuk keperluan sendiri seperti membeli rumah dan sebagainya.

e. Agama Islam menggalakkan umatnya berusaha dan jika mereka tidak berusaha, ekonomi negara akan dimonopoli oleh bangsa asing dan umat Islam akan dipandang rendah. Ekonomi mereka juga bergantung pada bangsa asing.
 
1. Hukum Bekerja Dengan Bank Adalah Harus Berdasarkan
 
Antara alasan yang mengharuskan bekerja di bank adalah seperti berikut:
 
a. Tidak semua amalan di bank melibatkan unsur-unsur riba.

b. Kekayaan negara akan dimonopoli oleh bangsa asing sekiranya umat Islam tidak terlibat dalam sistem perbankan; dan

c. Keperluan dalam menyara kehidupan. Allah berfirman:
 
Maksudnya:
Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya, dan tidak pula melampaui batas pada benda yang dimakan itu, maka tidaklah berdosa. Sesungguhnya Allah SWT maha pegampun lagi maha penyayang (Al-Baqarah: 173)
 
2. Hukum Meminjam Daripada Bank
 
Hukum meminjam wang daripada bank dapat dilihat kepada alasan berikut:
 
a. Resolusi pertama Persidangan Islam anjuran Akademi Penyelidikan Islam di Kaherah pada bulan Mei 1965 mengatakan faedah yang dikenakan atas segala jenis hutang ialah riba yang diharamkan.

b. Resolusi pertama Pertubuhan Persidangan Islam yang mengadakan muktamar di Jeddah pada 22-28 Disember 1985 menyebut, “Setiap pertambahan atau faedah ke atas hutang yang tiba tempohnya sedangkan pemiutang gagal membayarnya, demikian juga tambahan (faedah) ke atas hutang pada permulaan akad; kedua-dua bentuk ini ialah riba yang diharamkan di sisi syarak.”

c. Walau bagaimanapun jika seseorang terpaksa membuat pinjaman atas dasar terpaksa atau keperluan yang mendesak seperti pinjaman membeli rumah yang merupakan asas penting maka diharuskan berdasarkan setakat mana keperluannya. Ini berdasarkan kaedah fiqh iaitu: Maksudnya: Darurat itu diukur setakat mana keperluannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 173:
 
Maksudnya :
Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya, dan tidak pula melampaui batas pada benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa.
 
3. Hukum Menyimpan Wang Di Bank
 
Hukum menyimpan wang di bank adalah seperti berikut:
 
a. Menyimpan wang semata-mata adalah harus, contohnya seperti menyimpan dalam akaun semasa, akaun tetap dan pelaburan atas dasar wadiah dan tidak mengambil faedah; dan

b. Menyimpan dengan tujuan mengambil faedah adalah haram. Namun demikian, faedah yang diperoleh daripada hasil simpanan tidak wajar ditinggalkan kepada pihak bank, tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
 
4. Hukum Memberi Sewa Bangunan
 
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 pada 11-12 April 1984 tentang persoalan Tabung Haji memberi sewa bangunannya kepada institusi kewangan yang tidak mengikut Islam adalah seperti berikut:
 
Tabung Haji berkongsi dagang dengan pihak yang menjalankan perniagaannya bukan mengikut lunas-lunas Islam dan menyewakan bangunannya kepada bank tersebut atau institusi kewangan tersebut adalah haram hukumnya.
 
5. Hukum Memegang (Memiliki) Saham Bank
 
Berdasarkan muamalah yang dijalankan oleh bank maka pemegang saham terlibat dengan muamalah riba yang diharamkan oleh syarak.
 
Sumber: Himpunan Keputusan Muzakaah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)

No comments:

Post a Comment