Muamalat/Ekonomi
Tarikh Keputusan:
12 Apr, 2011
Keputusan:
Setelah meneliti
setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada
12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan
bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan
Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan
alasan seperti berikut:-
1.
Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham
Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang
bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya
adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat
Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
ما
اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال
Maksudnya : “ Tidak
bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram
atas yang halal . ”
2.
Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham
Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh
syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat
dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan
konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
3.
Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang
tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini
menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

No comments:
Post a Comment