Friday, 25 May 2018

PANDUAN JUAL TUDUNG TANPA PREMIS


Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!

Ini kisah dan pengalaman sebenar saya berniaga tudung  dengan hanya menggunakan modal dari duit PTPTN!

Assalammualaikum & Hi!Nama saya Madihah Mustafha!

Saya telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, saya masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Pada mulanya, saya hanya buat secara suka-suka sahaja. Saya hanya jual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja.
Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari saya. Maklumlah, tudung yang saya jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang saya jual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!
Disebabkan permintaan yang semakin hangat! Maka, saya telah bertekad untuk menjalankan perniagaan tudung ini dengan lebih serius lagi.
Sebagai seorang yang bergelar pelajar ketika itu, saya memang tidak mempunyai modal yang besar. Jadi, nak tak nak, saya gunakan sebahagian duit PTPTN yang saya terima, sebagai modal untuk saya mula membeli stok!
Alhamdulillah! Bermula dari modal pertama yang berjumlah RM600.... saya berjaya "rolling" duit itu sehingga menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan sewaktu saya masih lagi sedang belajar!
Perkara ini telah membuka mata saya dan saya nampak, bisnes tudung ini mempunyai potensi yang sangat besar!

Seronoknya Menjual Tudung!


Ini pula adalah borang poslaju yang saya isi setiap hari. Order dari customer sememangnya masuk hari-hari!.
Dulu, masa mula-mula bisnes, memang saya akan buat penghantaran setiap hari. Tetapi bila pelanggan dah makin ramai, saya buat penghantaran 2 kali seminggu sahaja. Tujuannya... supaya 5 hari lagi, saya dapat fokus untuk membuat kerja-kerja pemasaran & jualan.
5 hari saya akan fokus layan whatsapp, facebook dan ambil order. Lagi 2 hari, saya akan fokus uruskan pembungkusan produk dan penghantaran sahaja.
Secara purata, sale saya setiap hari adalah ratus-ratus ringgit sahaja, tetapi bila dikumpulkan seminggu... sebulan... ianya agak lumayan juga!  Lagi-lagi kalau tiba musim raya! Lagi masyuukk.... Boleh cecah RM25k sebulan..  semuanya hanya dilakukan dari rumah sahaja sambil-sambil jaga anak!

Bisnes Jimat Kos, Hanya Dari Rumah!

Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah susah sangat! Kita boleh mula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja! Pulangannya juga agak cepat. Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat! Lubuk jualan juga senang dijumpai.
Bila kita buat bisnes tudung ni...  Banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan!
Sebabnya, bisnes tudung ini kita boleh buat dan mula dari rumah sahaja!
Penghantaran pun tak perlu pergi ke pejabat pos! Tetapi abang posmen yang datang sendiri ke rumah ambil barang! Dah jimat kos minyak dan masa disitu!
Dalam menjalankan bisnes tudung ni juga, saya tak gunakan model dan photoshot dalam studio yang memerlukan kos beratus, bahkan beribu ringgit untuk mengambil gambar setiap jenis tudung.
Cukup sekadar pelanggan saya yang jadi model menerusi feedback yang mereka hantar dan sekali-sekala, saya sendiri yang akan menjadi model. Ambil gambar pun guna handphone sahaja!

Bisnes Tepu? Banyak Persaingan?

Bila saya cerita pasal seronoknya buat bisnes tudung ni... ada juga yang kata... mereka nampak, bisnes tudung ni macam dah tepu dan terlalu ramai sangat orang yang menjual tudung. Jadi.. masih boleh cari makan ke?
Saya senyum je... memang saya akui, memang kita nampak ramai orang yang jual tudung... tapi.. dalam masa yang sama.. permintaan dan pasaran tudung ini juga sangat besar. Orang yang pakai tudung pada zaman kini, sangat ramai... malah, boleh saya katakan, majoriti wanita islam di Malaysia hari ini, memakai tudung. Tidak seperti zaman 60-an dulu, zaman-zaman P.Ramlee... zaman dulu, memang segelintir sahaja wanita yang memakai tudung.
Tapi hari ini, dari kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej & universiti, wanita bekerja dan wanita berumur... semuanya memakai tudung. Dan apa yang lebih menarik lagi, golongan wanita berhijab ini, akan terus membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh dan beratus helai  tudung.
Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mereka akan membeli tudung baru. Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kerap berada di luar rumah seperti wanita bekerja dan juga golongan pelajar. Mereka ini tidak akan putus-putus membeli tudung... sebabnya, setiap helai tudung yang dibeli, mempunyai nilai dan cirinya tersendiri yang berbeza dengan tudung yang lain, tambahan lagi, setiap helai tudung itu pula, hanya padan dipakai bersama beberapa helai baju sahaja.
Jadi, anda tidak perlu risau... walaupun sudah ramai orang yang menjual tudung, namun,  orang yang membeli tudung juga ada sangat ramai. Apa yang penting, anda perlu ada ilmu serta strategi yang tersendiri.... salah satu strategi yang boleh di gunakan.. ialah dengan mempunyai "produk killer"...

Mesti Ada Produk Killer!

Apabila kita buat bisnes tudung ni, kita mesti kena ada produk KILLER ! Produk KILLER inilah  yang akan buatkan tudung kita berbeza dari tudung-tudung penjual yang lain... dengan produk killer inilah nanti , bisnes dan jualan kita akan menjadi stabil pada setiap bulan!
Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan menjadi  produk killer?
Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualan dia.  Selalunya, dalam masa 3 bulan kita buat  bisnes tudung ni nanti,  kita dah boleh tahu, mana satu produk killer dalam banyak- banyak jenis tudung yang kita jual. Bila dah ada produk Killer.. Kita dah tak perlu promot sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu , mana nak beli tudung yang mereka sukai.

Atas ni adalah antara produk killer saya, sambil tidur pun orang sibuk whatsapp tanya pasal tudung ni ajeee.. Kalau bulan puasa, waktu sahur tu jugak lah customer dok sibuk whatsapp, dan close order terus! Banyak feedback customer yang saya simpan sebagai rekod untuk jualan tudung ni. Tengok ni!

TAK PAYAH dah nak guna model! Customer sendiri pakai je pun dah cantik.. hehehe!
Ada juga pelanggan yang tempah sekali banyak untuk satu group NGO, persatuan, guru sekolah dan banyak lagi.  Dari jual retail, saya juga jadi pembekal untuk stokis yang lain. Ianya long term stable income. Alhamdulillah..
Jadi,.. Siapa kata susah bisnes tudung ni…? Insyallah, dengan ilmu dan cara yang betul!  Semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan...

Buat  Tudung Jenama Sendiri!

Bila pelanggan dah mula ramai dan saya pun sudah ada modal yang sedikit banyak. Saya mula buat tudung jenama sendiri. Bila kita ada jenama sendiri , kita boleh letak harga yang sedikit tinggi. Tapi, ikut kualiti kain jugalah ye!
Kalau kualiti kain tak best, pelanggan pun tak suka. Bila pelanggan tak suka, nanti pelanggan tak nak repeat order lagi, sendu pula sell kita selepas tu nanti..huhu!
MadihahScarf , adalah jenama tudung yang telah saya bina sendiri sejak 4 tahun yang lalu. Beza tudung saya dengan orang lain sudah tentulah dari segi kualiti dan design. Sebab tu bila ada produk sendiri ni, kita perlu jaga serba serbi kualitinya. Masa ni nanti, kita hanya jual apa yang pelanggan kita nak sahaja. Pendapatan juga akan jadi lebih stabil dan berpanjangan.

Sebenarnya... banyak benda lagi saya nak cerita pasal bisnes tudung ni. Tapi sebelum saya cerita panjang lebar... Saya nak tanya anda satu soalan dulu....

Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung?

Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu.
  • Di mana nak cari supplier?
  • Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
  • Kain jenis apa yang mahu digunakan?
  • Mana nak cari tukang jahit?
  • Berapa harga nak letak?
  • Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
  • Kat mana nak jual?
  • Macam mana nak buat ayat iklan?
  • Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?
  • Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!
Namun begitu, berita baiknya... Dalam sibuk-sibuk menjual tudung ini. Saya telah meluangkan masa lebih kurang sebulan, untuk menuliskan segala rahsia dan juga pengalaman saya sepenjang berkecimpung di dalam perniagaan tudung ini!
Alhamdulillah.. Lepas curi-curi masa sedikit selama lebih sebulan... maka, akhirnya..... Terhasillah EBOOK DUO ini...

Ebook "Rahsia Bisnes Tudung"Ebook Rahsia Bisnes Tudung  ini mengandungi 2 buah ebook!

Ebook pertama mengandungi ilmu serta pengalaman saya, bagaimana saya bermula, dari mencari supplier, mencari pelanggan, ambil gambar, buat ayat iklan,  dan pelbagai lagi pengalaman serta tips berkaitan bisnes tudung.
Apa yang menarik, ada satu bab di dalam ebook ini, saya ceritakan Bagaimana Saya Menjana Untung RM15k Dalam Masa Sebulan menjual tudung di bulan Ramadhan hanya secara online sahaja! Dalam bab ini, saya tunjukkan secara step-by-step, bagaimana saya membuat persediaan serta strategi di dalam menghasilkan keuntungan sebanyak itu. Saya pasti, jika anda baca pengalaman saya ini, anda juga boleh buat seperti yang saya buat, malah, mungkin lebih baik dan lebih banyak lagi keuntungan yang akan anda perolehi! :)
Ebook Kedua pula, saya fokuskan kepada langkah-langkah menghasilkan tudung jenama sendiri!
Dalam ebook ini, saya senaraikan 4 perkara utama yang perlu anda ketahui dan uruskan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri! Setiap perkara tersebut, saya jelaskan secara terperinci.
Malah, saya turut berikan maklumat supplier yang boleh anda gunakan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri. Supplier-supplier ini adalah supplier yang boleh dipercayai, malah, banyak juga jenama tudung besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan banyak lagi, turut menggunakan suplier ini.

Apa Yang Terkandung Dalam Ebook Ini?

Baiklah! Untuk memberikan anda gambaran yang lebih jelas... saya terangkan apa yang terdapat pada setiap bab di dalam ebook ini!
BAB 1 : BELAJAR MENJUAL
Nyawa kepada setiap bisnes, adalah jualan (sales).
Tanpa jualan, sesuatu bisnes itu tidak akan dapat hidup dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri anda!
Disebabkan itu, langkah pertama yang perlu anda belajar terlebih dahulu , adalah belajar menjual!
Ya! Belajar menjual! Bukannya belajar menjahit atau belajar membuat tudung!
Saya sendiri, sepanjang 6 tahun saya menjalankan bisnes tudung.. saya tidak pernah sentuh mesin jahit untuk menjahit tudung! Skill penting dalam sesebuah bisnes, ialah skill menjual.. bukan skill membuat!
Ada 9 soalan yang perlu anda jawab untuk memudahkan anda membuat jualan. Anda dapat jawab 9 soalan ini, insyallah aktiviti jualan anda akan menjadi lebih mudah.
BAB 2 : APA & SIAPA?
Masih dalam fasa menjual. Dalam bab ini saya beritahu anda terus 3 golongan sasaran terbesar di dalam bisnes tudung. Anda tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual tudung kepada siapa. Targetkan sahaja tudung anda kepada 3 golongan ini!
Insyallah, dengan hanya target 3 pasaran ini sahaja, jualan anda pun dah boleh cecah 5 angka dan stok tudung juga akan cepat habis!. Takdelah timbul masalah stok terperap bawah katil lama-lama.. :)
BAB 3 : SUPPLIER
Hah! Ini RAHSIA BESAR  di dalam ebook ini!
Saya bongkarkan 3 pembekal tudung yang saya gunakan sewaktu memulakan bisnes tudung!
Bukan sekadar nama sahaja! Tetapi complete saya berikan sekali dengan nombor contact serta alamat mereka. Anda boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop!
Satu perkara yang anda perlu tahu! Bila kita nak buat bisnes tudung ni.. kita tak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal sahaja. perlu ada 2-3 pembekal sebagai backup!
Dengan adanya 2-3 pembekal, insyallah anda takkan mengalami masalah tudung kehabisan stok dan sebagainya!
BAB 4 : TIPS GAMBAR MEMUKAU
Bila anda dah ambil tudung dari pembekal, langkah seterusnya adalah mengambil gambar tudung tersebut. Nak ambil gambar ini pun ada tekniknya! Bukan main ambil sahaja!
Dalam bab ini saya berkongsikan teknik dan cara mengambil gambar yang memukau dengan bajet yang rendah! Anda tak perlu risau, saya takkan paksa anda beli kamera yang mahal-mahal dan upah jurufoto profesional. Gunakan sahaja camera handphone anda. Itupun sudah memadai sebagai permulaan.
Apa yang penting! Model yang anda gunakan mestilah "real"!. Saya kongsikan banyak tips mencari model yang "real" di dalam bab ini!
BAB 5 : TEKNIK MELETAK HARGA
Ada 4 Tips utama yang saya kongsikan di dalam bab perihal harga ini!
Saya tunjukkan teknik bagaimana mengira harga kos dengan selamat! Perkara ini penting, kalau tidak, nanti penat sahaja anda jual beribu-ribu helai tudung, tapi sebenarnya tiada untung.
Dalam bab ini juga, saya kongsikan teknik, bagaimana untuk bersaing dan berhadapan dengan penjual-penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga! Apabila anda tahu teknik ini, anda dah tak perlu gentar bila lihat pesaing anda turunkan harga tudung mereka!
BAB 6 : AYAT IKLAN
Hah! Bukan sahaja tips ambil gambar! Tips nak buat ayat iklan pun saya kongsikan dalam ebook ini!
Ada 3 jenis ayat yang boleh anda gunakan apabila ingin mempromosikan tudung-tudung jualan anda.
Ayat-ayat ini anda boleh gunakan sama ada di facebook ataupun instagram!
BAB 7 : LUBUK JUALAN
Stok tudung dah ada, gambar dah ambil, ayat  pun dah siap! Sekarang, masa untuk menjual!
Dalam bab ini, saya bukan share 2 atau 3 lubuk jualan... tetapi, saya kongsikan 10 tempat/lubuk yang boleh anda masuk untuk menjual tudung anda!
Anda boleh cuba masuk ke dalam semua lubuk ini... atau boleh juga cuba 2-3 lubuk yang anda rasakan mudah dan sesuai dengan diri anda.
Dengan adanya 10 lubuk jualan ini, adalah agak mustahil untuk anda tidak dapat menjual tudung anda!
BAB 8 : PACKAGING
Perkara ini mungkin anda sudah tahu! Tetapi dalam bab pembungkusan ini, saya kongsikan pihak supplier yang dapat membekalkan bahan-bahan untuk perkara berkaitan pembungkusan seperti plastik bungkus, plastik poslaju dan sebagainya.
BAB 9 : PENGHANTARAN
Dalam bab ini, saya kongsikan cara, bagaimana untuk mendapatkan kos penghantaran poslaju yang lebih murah dari kadar biasa. Saya juga tunjukkan cara, bagaimana anda tidak perlu lagi bersusah payah ke pejabat pos untuk membuat penghantaran, malah, abang posmen yang akan datang ke rumah dan ambil barang yang anda mahu poskan!
BAB 10 : CASE STUDY - BAGAIMANA SAYA MENJANA UNTUNG RM15,000 MENJELANG RAMADHAN.
Hah! Ini adalah bab yang paling HOT!
Dalam bab ini, saya tunjukkan step-by-step, bagaimana saya menyusun strategi untuk mendapatkan jualan dan keuntungan yang besar apabila tiba musim perayaan.
Dari mula memilih produk killer, pengiraan modal dan kos, proses order, tawaran pakej istimewa hinggalah kepada pengambilan staff pembantu dan penghantaran produk. 
Untuk case study ini, pemilihan masa dan tarikh adalah sangat penting! Anda perlu tahu, bila masa untuk bermula dan bila masa untuk selesaikan semuanya.
Fuh!! Memang mantap isi kandungan ebook ini!
Itu baru satu ebook... Ebook yang kedua, iaitu ebook tentang "Menghasilkan Tudung Jenama Sendiri" pula.. ada 4 Bab di dalamnya.
Namun begitu, saya tak dapat dedahkan keempat-empat bab tersebut di sini.
Hanya mereka yang mendapatkan ebook ini sahaja yang akan tahu apa isi kandungannya!
Secara asasnya, dalam ebook tersebut, saya kongsikan senarai "Super Supplier" yang dapat membekalkan kain yang berkualti tinggi untuk anda menghasilkan tudung jenama anda sendiri.
Saya juga kongsikan Tip Memilih Tukang Jahit! Ini adalah part yang paling kritikal. Silap pilih tukang jahit, memang hancurlah tudung anda nanti.
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda. .

Berapakah Pelaburan Untuk Saya Memiliki Ebook Yang Hebat Ini?

Terus-terang saya katakan! Nilai maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah sangat bernilai dan bukan murah! Ianya adalah hasil daripada pengalaman sebenar saya menjalankan bisnes tudung sejak tahun 2012. Banyak info-info rahsia yang tidak mungkin akan di dedahkan oleh penjual tudung lain, telah saya dedahkan di dalam ebook ini!Harga untuk ebook ini.. Hanyalah RM150 sahaja!
Ianya sangat murah! Anda hanya perlu jual sekitar 4-5 helai tudung sahaja untuk cover kos pembelian ebook ini, yang mana, saya percaya, apabila anda sudah memiliki ebook ini, anda bukan sahaja mampu menjual 4-5 helai tudung, MALAH, insyallah, mampu menjual beratus-ratus, bahkan beribu-ribu helai tudung kelak!
Jadi, kos pelaburan untuk mendapatkan ilmu bisnes tudung ini sebenarnya, adalah sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan potensi pulangan yang bakal anda perolehi kelak.
Tapi... untuk anda yang bertindak segera dan mendapatkan ebook ini hari ini juga, saya akan berikan harga mampu milik, iaitu pada harga serendah RM60 sahaja!
Betul ke? Ya, Jangan terkejut! Memang serendah RM60 sahaja untuk masa terhad, sebelum saya mengubah fikiran saya!
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda. .

Oooops…Nanti Dulu, Jangan Buat Tempahan Lagi. Saya Ada Ebook Bonus Tambahan Nak Beri Kepada Anda!

Ada 2 buah ebook bonus yang mahu saya berikan kepada anda jika anda membuat tempahan hari ini!
Kedua-dua ebook bonus ini akan melengkapkan lagi pengetahuan anda dan akan membuatkan anda lebih yakin untuk memulakan bisnes tudung dari rumah!
Berikut adalah ebook-ebook bonus yang akan saya berikan kepada anda!

Bonus #1 : Produk Killer Musim Raya

Dalam ebook ini, saya kupas dengan lebih mendalam tentang mewujudkan "produk killer" di dalam bisnes tudung anda! Bagaimana untuk mencipta tagline untuk produk killer anda? Bagaimana untuk berurusan dengan pihak suplier dan tukang jahir apabila tiba musim perayaan?
Maklumlah, bila tiba musim perayaan, permintaan tudung memang akan naik secara mendadak! Jadi, anda perlu ada strategi agar tudung anda tidak mengalami masalah kehabisan stok atau tudung tak sempat siap menjelang hari raya!

Bonus #2 : Tips, Nasihat & Motivasi Bisnes

Setelah lebih 6 tahun bergelumang dalam dunia bisnes. Sememangnya banyak pengalaman dan nasihat yang ingin saya sampaikan kepada mereka yang baru-baru nak menceburkan diri dalam dunia bisnes.
Jadi, dalam ebook bonus kedua ini, saya banyak berkongsi tips-tips dan nasihat berkaitan bisnes, khususnya untuk golongan muda yang baru tamat belajar yang masih bujang dan belum berumahtangga. Bisnes sewaktu bujang dan bisnes setelah berumahtangga ada banyak perbezaannya.. cabarannya juga sangat berbeza.
Jadi, anda perlu rancang dengan teliti agar bisnes anda dapat terus survive walaupun setelah anda sudah berumahtangga dan sibuk menguruskan anak-anak dan keluarga.
Sememangnya ini adalah satu tawaran yang sangat berbaloi dan tidak boleh anda lepaskan!
Namun begitu! Ada satu berita buruk!
Bonus yang saya tawarkan ini bukanlah  untuk selama-lamanya. Saya berhak menarik bonus ini pada bila-bila masa sahaja. Jadi, pastikan anda mendapatkan ebook panduan ini pada hari ini juga sebelum saya tutup tawaran pemberian bonus ini.
Anda masih lagi ragu-ragu?
Mari saya berikan anda satu lagi tawaran hebat untuk anda!
Anda rasa RM60 ini macam tak berbaloi? Jangan risau. Buang segala keraguan tu. Kerana saya ada jaminan pulangan wang 100% jika anda rasa pelaburan anda dapatkan ilmu ini tidak berbaloi dengan harganya.

Jaminan Kepuasan 100% Atau Wang Anda Dikembalikan!

Dengan setiap pembelian ebook “Bisnes Tudung” ini, kami sertakan sekali dengan jaminan kepuasan 100% atau wang anda dikembalikan.
Jika setelah anda dapatkan ebook ini dan mendapati segala isi kandungannya langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda dalam memulakan perniagaan tudung, saya akan pulangkan wang RM60 anda.
Ya, saya akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL!
Setelah anda habis baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, email kan sahaja kepada saya di admin@klikjer.com tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu. Saya akan pulangkan wang anda.
Sebenarnya kan… Jika anda lihat betul-betul tawaran ini, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini. Segala risiko pembelian anda, pihak saya yang akan tanggung.
Oleh itu, anda tunggu apa lagi, cepat lakukan tempahan sekarang juga sebelum peluang pemberian Bonus Percuma di tarik balik pada bila-bila masa!
Klik butang tempah di bawah untuk lakukan tempahan pakej ebook Bisnes Tudung ini pada harga RM60 sahaja SEKARANG ..

Klik Gambar Dibawah Untuk Membuat Tempahan Ebook Ini Sekarang!!.
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda. .

P/s :- Usah ambil masa terlalu lama untuk bertindak! Anggap sahaja pelaburan ilmu sebanyak RM60 ini adalah merupakan titik permulaan untuk anda memulakan perniagaan dan menjana pendapatan dari rumah.

P/p/s:- Anda tidak perlu membuang masa sehingga 6 tahun untuk mencuba dan mencari sendiri "rentak" untuk menjalankan bisnes tudung  ini. Ambil sahaja pengalaman saya yang telah saya ebook kan ini. Ia lebih mudah dan pantas untuk anda bermula.
Sekian,

No comments:

Post a Comment