Tuesday 23 August 2016

Bisnes Kereta Sewa? Anda Kena Baca Kisah Lelaki Ini

oleh Azizan Osman pada 31 Mac 2015


wahi

Assalamualaikum, saya Wahi Abd Rashid. Saya merupakan pengasas Green Matrix Car Rental

Saya banyak dibantu oleh isteri yang sangat saya kasihi Nurshirley Kamilia Abdullah.

Kepakaran saya adalah membantu menyelesaikan masalah pengangkutan yang dihadapi oleh syarikat korporat, agensi kerajaan, individu, pelancong dari dalam dan luar negara dengan menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang dijamin tip top, bersih dan selamat melalui rangkaian perniagaan kami di seluruh Malaysia.

Alhamdulillah, setakat ini kami mempunyai 20 cawangan di seluruh Malaysia dan menguruskan lebih 1,000 unit kereta sewa pelbagai model. Syarikat kami merupakan antara syarikat tempatan yang menjadi pembekal rasmi kereta sewa untuk syarikat penerbangan seperti Air Asia, MAS Wing serta agensi pengembaraan terbesar di dunia iaitu Expedia.

Sebenarnya, dahulu saya sama seperti kebanyakan orang lain. Saya pernah bekerja sebagai tutor di sebuah universiti awam di Sarawak sejak tahun 2005 dengan gaji permulaan RM1,900 sebulan. Jawatan agak bagus kerana saya mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Saya memiliki Ijazah Sarjana Sains (Master of Science) dalam bidang Environmental Science.

Walaupun mempunyai tahap pendidikan yang agak tinggi, namun saya sangat jahil dalam ilmu pengurusan kewangan. Akibatnya saya selalu menghadapi masalah tidak cukup duit dan berhutang kad kredit sebanyak RM40,000. Tidak tahan dengan keadaan itu, maka saya nekad memulakan perniagaan secara sambilan berniaga macam-macam.

Walaupun banyak kali mengalami kegagalan, akhirnya salah satu perniagaan saya iaitu bisnes kereta sewa mula menampakkan hasil. Bermula dengan 2 unit kereta pada tahun 2006, saya mula menambah bilangan kereta sedikit demi sedikit.

Sepanjang berhijrah menjadi usahawan, saya tiada mentor yang dapat membimbing saya dalam bidang perniagaan. Pada penghujung 2012, saya menghadiri program pertama saya dengan Dr Azizan Osman.

Selepas menghadiri beberapa program terutamanya Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), hubungan saya dengan Maha Pencipta memang sangat banyak berubah. Saya mula meningkatkan amal ibadat, bersedekah dan membayar zakat.

Hubungan dengan isteri, anak-anak dan keluarga semakin baik dan saya boleh menghadapi apa sahaja masalah dengan lebih tenang. Hidup kami sekeluarga sangat bahagia.

Sebelum hadiri seminar Dr Azizan Osman, saya ambil masa 5 tahun untuk buka 9 cawangan perniagaan saya. Sangat susah untuk dapatkan rakan kerjasama. Selepas hadiri Seminar Dr Azizan Osman, saya ambil masa 2 tahun untuk buka 11 cawangan. Ramai yang berebut-rebut untuk menjalinkan kerjasama. Saya benar-benar menjadi magnet kekayaan dan kejayaan. Dan pendapatan syarikat pada tahun 2012 dari RM1.1 Juta meningkat kepada RM4.1 Juta pada tahun 2014.

Sebelum hadiri Seminar Dr Azizan Osman, agak sukar untuk mendapatkan modal perniagaan. Selepas hadiri Seminar Dr Azizan Osman, modal perniagaan sangat mudah diperolehi. Saya selalu terima tawaran modal untuk mengembangkan perniagaan. Pelbagai pihak menawarkan modal dalam bentuk kewangan, kereta, kerjasama dan bermacam-macam peluang yang tidak dijangka.

Kalau orang cakap program Dr Azizan Osman mahal, saya senyum sahaja. Saya kantoi buat PhD dan kena bayar denda RM160,000. Sebelum berhenti kerja di universiti, gaji saya hanya RM3,500 sebulan. Sekarang secara purata pendapatan saya meningkat 100 kali ganda kepada RM350,000 sebulan. Kawan-kawan sekerja yang habis buat PhD nak beli rumah pun tak lepas. Itulah harga Ilmu Dr Azizan Osman. Terima kasih kepada Dr Azizan Osman.

*******
Wahi Abd Rashid
Pengasas
Green Matrix Car Rental

*******

Amacam?

Tanya diri anda sekarang.
Adakah anda mahu hidup yang lebih baik?

Jika ya.
Hadir ke Seminar Hidup Luar Biasa.
Ia terbukti dapat membantu memberi anda cara penyelesaian untuk merubah hidup.

Daftar sekarang di www.hidupluarbiasa.com

‪#‎TeamAzizan‬


ANTARA PRODUK TERBITAN WAHI ABD RASHID 


DVD : Panduan Bisnes Kereta Sewa
Picture1

Ebook Rahsia Pinjaman Rumah

Ecover Nurul Luvleey
Buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman
COVER

Buku Hijrah Menjadi Usahawan

hijrah-menjadi-usahawan-moresales-1210-16-moresales@3




No comments:

Post a Comment